Friday, January 27, 2012

Kalendar Hamil Orang Cina


Agaknya..ni lah kalendar kepercayaan orang cina tu. Mula2 tu macam tak paham..bila dah tengok...MAKIN TAK FAHAM!! Wah..sengal betul lah aku ni.

Tapi bila kak Amy ada bagi link kat blog dia..aku try lah. Cuma masukkan data..x payah pening2 kepala nak tengok table macam kat atas tu.



Result-nya...jeng jeng jeng...

p/s: Kita kena TETAP percaya kekuasaan dan kebesaran Allah.


Sincerely...

Wednesday, January 25, 2012

Comel Versi Waiz

Aku tak tau lah..kenapa budak ni mesti cubit pipi dia sendiri kalau suruh buat aksi depan kamera. Biasanya..kalau amik gambar, mesti suruh dia senyum..tapi dia dengan spontannya akan cubit pipi dia. Comel ke kalau buat cam tu waiz?
Ni gambar masa kitaorang tengok lumba motor kecik kat Gong Badak.
Papanya suruh senyum..dia cubit pipi. Suruh buat peace...tapi tak jadi. Jari telunjuk je yang kuar..dah buat cam aksi Satu Malaysia pulak..hehe.
Abis sepet mata bila di cubit pipi cam tu..



Sincerely...

Saturday, January 21, 2012

Aktiviti Baru

Selalunya hari cuti ni..kitaorang lepak kat bandar KT jer. Tapi sekarang ni dah jumpa port baru. Baru kitaorang tau..yang area Gong Badak tu lagi meriah dengan macam2 aktiviti. Ada drift kereta buruk, main kereta remote control dan motor kecik. Kat mane? Alah..kat area Stadium Sultan Mizan tu. Tak kenal? Stadium runtuh kenal? Haaa..kat situlah!

Sebenarnya minggu lepas kitaorang dah melawat kawasan..tapi time tu hujan. Tak de orang main kereta remote control & motor kecik tu. Yang ada cuma drift kereta buruk jer. Kitaorang tengok pon dalam kereta jer..sebab masa tu hujan kan. So minggu ni MKS dah janji nak bawak waiz pergi tengok sekali lagi. Alhamdulillah..cuaca semalam pon okey..panas. So disebabkan semangat punya pasal..dalam kol 3 petang tu kitaorang dah pergi ke Gong Badak. Tapi masa sampai kat stadium tu..tak ada orang lagi. Masih awal. So kitaorang pergi lepak kat Pantai Teluk Ketapang dulu.

Tapi yang kelakarnya..masa kitaorang sampai stadium tu, Waiz boleh ingat yang dia pernah datang tengok drift kereta buruk tu minggu lepas. Nampak jer stadium runtuh tu..terus dia cakap kat papanya "papa..ni..ti [papa, sini..berhenti]. Pastu terus buat bunyi kereta..tersembur-sembur ko. Aih..cerdik sungguh! Waiz memang suka dengan kereta lumba ni. Tu yang dia ingat kot.
Lepas berkelah kat pantai..bagi main waiz main pasir jap. Dalam kol 6 petang tu..pergi solat Asar kat surau dulu. Pastu terus ke stadium semula. Masa ni dah ramai orang.

Papanya sampai letak budak ni atas bumbung kereta. Bising lah mulut budak ni membunyikan kereta. Kuat pulak tu..abis semua orang tengok!
Tak puas hati tengok jauh..nak tengok dekat pulak! Layankan je. Tapi aku ni takut pulak tengok dekat2..boleh gugur jantung! Kejap2 dengar exzos meletup..tayar berapi lah. Tu belum lagi dia buat aksi corner baring..pemandu pulak cam masih amatur. Ish..tak berani lah, jom lah tengok kereta remote control pulak.
Tapi waiz lagi syok tengok drift kereta buruk ni..sebab bunyi kuat kot. Tapi mama takut..kesian budak ni tak dapat tengok lama2. Adalah 10 minit je kitaorang lepak kat situ..hehe.
Tempat orang main kereta remote control dan motor kecik ni jauh sikit dari tempat drift kereta buruk tadi. Tapi still kat area stadium. Kat sini pon ramai jugak orang..selamat sikit kalau nak tengok. Kereta kecik jer..terbabas pon tak pe.

Kat sini lepak dalam sejam jugak. Dah nak Maghrib tu..baru kitaorang beredar.
Papanya janji..nak bawak budak kecik ni lagi minggu depan. Waaa..bosannya. Mama nak pergi tempat boleh shopping!



Sincerely...

Al-Fatihah

Al-Fatihah untuk keluarga Izwan Pilus. Terkejut jugak bila dengar berita kat radio malam tadi. Kebetulan masa tu aku tengah cari hadiah pengantin kat kedai..ingat nak beli cadar jer. So masa kat kedai tu lah aku dengar deejay radio buat pengumuman yang Izwan Pilus tu dah meninggal dunia. Ajal tu tak kenal tua atau muda kan? Kalau dah tiba masanya..sesaat pon tak kan menunggu.

Pagi tadi pulak..subuh2 lagi Kak Mah [kakak MKS] dah call. Katanya besan dia meninggal dunia. Memang dah sakit lama pon..rasanya dah lebih 20 tahun terlatar sakit. Baru sekarang ajal menjemput..al-Fatihah.

Sempat jugaklah kitaorang suami isteri melawat jenazah pagi tadi. Awal pagi before masuk kerja tu dah singgah rumah besan my SIL tu kat Losong. Biasanya kalau dah dapat berita kematian cam ni..sesibuk mana pon kena jugak curik masa untuk memberi penghormatan yang terakhir. Kalau tak pergi..macam ada kerja yang tak selesai je. Kecuali lah ada sebab2 tertentu yang membuatkan kita tak dapat pergi kan.

Masa kitaorang sampai..kebetulan van jenazah HSNZ pon sampai jugak untuk menghantar jenazah. Masa tu tak ada lagi orang datang..yang ada cuma keluarga terdekat. Tapi MKS perasan ada kereta Wakil Rakyat Mohd Abdul Wahid bin Haji Endut kat situ. Orang2 terengganu atau Pas..kenal lah sape YB Wahid Endut ni. Rasanya dia ahli Parlimen Kuala Terengganu [Sori kalau salah..aku tak kenal orang politik].

MKS kata kat aku.."macam mana tak menang, macam mana rakyat tak sayang..dia orang terawal datang melawat [jenazah]..Wakil rakyat macam ni lah yang kita nak". Bersungguh-sungguh dia puji YB tu..padahal MKS ni orang kerajaan yer..hiks.

Tapi aku setuju jugak dengan kata-kata MKS tu, rakyat sebolah-bolehnya nak pemimpin yang dekat dengan rakyat. Bukan setakat tunjuk muka masa pemilihan tu jer. Habis time mengundi...batang hidung pon tak nampak kan. Tak kiralah mana2 parti pon..semua pon manusia, memang akan ada manusia yang bersikap macam tu..betul tak?

Habis jer YB Wahid Endut tu melawat jenazah..dia mintak izin nak balik..katanya nak pergi ke Besut pulak. Sempat jugaklah MKS bersalaman dengan dia. Tak taulah dia cam MKS atau tak. Sebab MKS berkawan rapat jugak dengan salah seorang anak YB ni..diaorang sama2 belajar masa kat Jordan dulu. Dan seingat aku..dua kali jugaklah MKS pernah bawak aku pergi rumah YB Wahid ni. Pertama kali masa raya..pastu masa kenduri kawin kawan dia. Lepas tu jarang berjumpa..sebab kawan MKS ni kena mengajar kat Sarawak.

Dulu aku pernah jugak tanya MKS..tak pe ke kawan dengan orang berlainan parti. MKS jawab senang jer.."orang bodoh jer yang bergaduh sebab parti!" Hehehe..tu masing2 punya pendapat. Jangan ada yang terasa hati pulak yer..


Sincerely...

Thursday, January 19, 2012

Obsesiku

Hai korang..sihat?

Rindu kite tak?

Dah lama tak bersiaran..semalam ada meeting. So sibuk menyiapkan report..selagi tak abis meeting, selagi tu lah dada aku ni dag dig dug..hehe.

Nasib baiklah tak kena panggil dengan bos. Pening kepala jugak kalau kena panggil masuk bilik meeting sebab aku tak reti nak menjawab kalau diaorang tu tanya macam2.

Malas lah nak cite hal kerja..menyakitkan hati je. So nak updated cite si budak kecik ni..my bucuk, my masham..my kawan bergaduh..hehe.

Lately, aku perasan dia ni memang pantang dengan compact powder aku. Pagi2 time aku berbedak tu..memang dia akan menyibuk jugak nak berbedak! Kalau tak bagi..mengamuk menangis lah jawabnya. So aku akan bagi jer dia berbedak sikit..pas tu aku akan cakap "okey..comel dah". Otomatik dia pulang balik bedak tu..

Papanya marahlah sebab aku bagi waiz pakai bedak..tapi masalahnya, kalau tak bagi..terpaksalah mendengar budak tu menangis di pagi2 hari. Aku ni kalau pagi2 hari dah dengar budak menangis..mulalah rasa moody. Boleh rosak mood aku satu hari nanti!
Ni nasib baik lah aku pakai bedak jer..memang dari dulu aku tak reti nak bermake-up ni. Pakai bedak maybelline tu pon dah cukup bagus. Lipstik memang tak ada..eyeshadow, mascara, blusher tu lagi lah!

Bayangkan kalau aku pakai make-up..tak ke budak tu sibuk nak bermake-up jugak?
Dah siap dia tenyeh bedak kat muka..kenalah tengok kat cermin. Aku cakap "comel doh". Sengih2lah budak tu simpan bedak aku dalam handbag.
Tengoklah hasilnya...comel tak saya?

Muka putih..leher hitam!

Eh rumah aku memang tak ada lipstik, tapi hari tu dia pergi rumah uminya kat sebelah [rumah kakak MKS]. Abis ditenyehnya lipstik umi dia kat mulut dia! Uminya hantar balik ke rumah aku..terkejut aku tengok mulut budak tu merah saga. Sabor jelah! Time tu rasa nak cuci mulut dia dengan berus sabut jer...grr.

Sincerely...

Friday, January 13, 2012

[Video] Mari mengaji..

 
Ni versi video budak kecik mengaji..banyak main! Tahanlah 5 minit dia mengadap muqaddam tu. Pastu dia sendiri tutup..simpan muqaddam. Oh..cerdik punyak budak! Tapi salah si tukang ajarnya jugak..ajar anak mengaji sambil layan tv, cam ne tu?

MKS ni kalau dapat layan cite melayu...bukan main lagi. Dulu layan cite Tentang Dhia..ingat kan dah abis, malas lah nak layan cite2 waktu Maghrib ni. Tapi sekali cite Gemersik Kalbu ni ada Ayu Raudhah lah pulak! Laki ai memang cair dengan awek2 cun ni..awas ko syaiton!


Sincerely...

Mari Mengaji..

Rasanya macam dah pernah buat tajuk "Mari Mengaji" tu jer..tak pelah, tajuk sama tapi jalan citenya lain yer.

Papanya punyalah gigih mengajar budak kecik ni mengaji..padahal budak tu bukannya reti bercakap lagi! Waiz ni masih cakap bahasa rusia..so orang yang tak reti bahasa rusia memang tak paham apa yang di cakap. Aku ni pon kadang2 confused dengan percakapan waiz ni. Runsing jugak..dah umur 2 tahun tapi masih kurang pandai bercakap. Anak korang pandai cakap umur bape ek?

MKS kata..kalau waiz tak pandai ABC tak pe..yang penting pandai Alif, ba, ta dulu. Sebab MKS memang dah niat..Waiz halaf je alif hingga ya..terus dia nak hantar budak tu masuk sekolah pondok kat Kubang Bujuk.
Biasanya budak ni mengaji pakai kopiah..tapi bila tukang ajarnya pon tak pakai kopiah, cam tu lah rupanya. Papanya panggil..dia duduklah bersila mengadap muqaddam tu. Tapi dari hari tu aku dengar..alif, ba, ta jelah...tak beranjak-anjak pon!
Budak ni banyak main tau! Paling lama pon dia duduk mengaji 10 minit. Lepas tu dia cabut main kereta atau motor. Anak sape lah ni..

Sincerely...

Wednesday, January 11, 2012

PERINGATAN!

Ish tengok lama-lama, seram pulak kan? Tapi memang betul pon. Bukan orang yang merokok sahaja yang terdedah kepada penyakit/kematian. Tapi orang2 sekitar yang menghidu asap rokok tu jugak berpotensi mengalami penyakit sepertimana orang yang menghisap rokok tu! Kot2 lagi teruk dari org yang menghisap rokok tu!

Aku ni bernasib baik sebab sekarang MKS tak merokok. Dulu b4 kawin dengan aku, dia kata pernahlah jugak merokok. Tapi bukan lah penghisap rokok tegar..hisap suka2 jer [boleh yer orang lelaki ni suka2 jer nak hisap rokok..x de kerja lain ek?]. Pastu masa nak kawin aku buatlah syarat, kalau nak jugak kawin dengan aku..kena berhenti hisap rokok. Kalau hisap jugak..aku sumpah sakit dada [boleh pulak main2 sumpah..memang tak matured langsung masa tu!]

Alhamdulillah..sepanjang kitaorang kawin memang dia tak hisap rokok. Kalau dia merokok..tak tau lah macam mana nak hidup bersama. Sesak nafas weiii! Tapi pernah jugak dia kantoi 1-2 kali merokok. Ada tu sebab kawan dia offer rokok..aku memang rasa macam nak lempang2 jer kawan dia tu. Tau dah MKS tu tak merokok..apa hal ko nak ajak dia hisap rokok jugak. Memang masa tu..aku jeling maut lah kat kawan MKS. Pastu terus bebal2 kat MKS..tak bagi dia kawan dengan orang tu..hehe.

Kali kedua kantoi masa kat kampung aku. Aku nampak dari jauh berasap jer mulut MKS. Mana dia rembat rokok tu pon aku tak tau. Samada dia amik rokok abah aku atau abang aku. Tak pon dia beli sendiri. Mata aku yang menengok masa tu macam nak terkeluar bila tengok laki sendiri merokok. Memang panas hati..kat situ jugak berperang. Pantang betul bila janji dikhianti..cewah.

Tulah..setakat ni dua kali jer MKS kantoi dengan aku. Tapi kat belakang aku..tak taulah berapa kali dia pernah merokok kan. Aku bukannya 24 jam melekat dengan dia. Tapi aku percaya..kalau nak merokok sendiri memang tak lah. Biasanya mesti ada anasir2 jahat yang merasuk dan menghasut MKS. Lagi pun manalah cukup duit kalau nak beli rokok. Harga rokok pulak bukannya murah. Dari membazir beli rokok..baik simpan duit beli benda lain. Setuju?

Habit buruk aku..tiap balik kerja, aku ni dah macam cikgu disiplin pon ada. Dah macam anjing pengesan pon iye..hidung ni laju jer kesan bau2 pelik cam rokok ker, bau perfume lain ker. Mula lah soal selidik cam polis. Lagi satu kalau MKS merokok, lepas tu mesti dia sakit dada macam semput gitu. So kalau tiba2 malam tu dia sakit dada..terus tanya "abang merokok yer?..jgn macam2 yer, nanti terkena sumpahan saya..hiks"

Tapi apa yang aku buat semua ni untuk kebaikan kami jugak. Kitaorang ni dah lah kurang bersenam..so kenalah jaga kesihatan. Nampak macam aku ni kejam sangat buat MKS macam tu. Hakikat sebenarnya aku sayang kat dia, sebab tu aku tak suka dia merokok.

Bagi aku..orang yang merokok tu sengaja memakai kain kapan di badan mereka sendiri! Tu pendapat aku jer..sori pada sesiapa yang terasa.

p/s: emo tulis n3 ni, sebab masa mkn kat kedai tadi ada orang sebelah meja tu hisap rokok berkepuk-kepuk asapnya! Tak tau ke kalau orang preggy or semput/asma duduk kat sebelah! Hisap rokok dengan bangganya..cittt. Nasib baik aku tak amik rokok tu..sumbat2 dalam lubang idung ko!



Sincerely...

WW - Ingatlah Orang Tersayang



Sincerely...

Tuesday, January 10, 2012

Menjawab Segala Persoalan

Merujuk pada entry aku sebelum ini.. ramai lah yang bertanya, kenapa aku berpantang makan? Kenapa tak boleh makan itu..minum ini..so kat sini aku jawab lah segala persoalan korang tu. Sebenarnya dalam entry tu aku nak cite kenapa aku berpantang sekarang..tapi disebabkan kekangan masa [yolah sangat!]..jadilah entry malas cam tu. Kesian korang jadi tertanya-tanya bila baca entry tu kan..hehehe.

Bagi yang tak tau lah..sekarang ni kandungan aku dah masuk 19 minggu. So orang pregnant ni memanglah ada certain makanan/minuman yang tak boleh di jamah. Tapi tu mengikut perut individu itu sendirilah. Kalau rasa2 perut tu kebal..boleh je balun semua makanan tu. Tapi cam perut aku ni..walaupon aku rasa kebal..tapi kalau dah jamah makanan yang tak patut dimakan time pregnant ni..boleh tercirit jugak lah! So baiklah aku tahankan sikit nafsu tu demi kebaikan diri sendiri & baby dalam perut ni.

Macam nenas, buah durian, air kelapa dan air tebu..di awal2 pregnancy memang aku tak berani lagi nak makan. Takut keguguran or kecirit-biritan pulak nanti. Tapi sekarang ni aku memang teringin sangat nak makan buah durian. Kalau MKS lalu kat tempat orang jual durian..mesti aku rasa macam nak menanggis tengok buah durian tu melambai-lambai kat aku..huhu. Tapi tak pe..harap2 dah 6 or 7 bulan pregnancy nanti..boleh lah rasa seulas dua yer.

Air kelapa tu..abah aku pesan minum masa diakhir pregnancy. Dah 8 or 9 bulan..barulah aku pulun minum air kelapa. Biar baby keluar putih bersih jer. Tapi time waiz dulu..budak tu kuar dengan taik dia jugak! Lama sangat duduk dalam perut..sampai terberak-berak..sampai makan taik sendiri budak tu! Air tebu tu..aku rasa tajam sikit, so tak berani jugak nak minum. Kalau aku minum jugak, sure cirit birit. Tapi agak2 kalau aku ter-sembelit..curik2 minum gak air tebu tu..hehe. Tapi kena tahan lah sikit..kalau perut memulas-mulas tu.

Selain tu air gas pon aku berpantang jugak. Macam pepsi & coke tu..memang kalau tak pregnant pon aku tak minum. Tak taulah kenapa orang suka sangat minum air pepsi/coke tu..sebab aku rasa tak sedap pon [matilah aku kena kutuk dengan peminat pepsi/coke]. Biasanya air gas yang aku minum cuma sarsi, soda or oren jer. Kalau kurang gasnya..lagi bagus. So time pregnant ni..memang aku tak sentuhlah air gas. Tapi semalam, boss aku belanja kitaorang makan A&W..telan air liur aku tengok diaorang minum air root beer float..slrupp.

Kicap..kopi..or mana2 makanan yang berwarna hitam memang aku elakkan masa pregnancy ni. Tak taulah petua mana yang aku ikut..kalau makan makanan warna hitam, nanti anak keluar hitam. So nak anak putih..makanlah soya, tauhu, susu..dan makanan yang berwarna putih. Logik tak? Lagi satu..MKS ni berkulit hitam manis sikit, so aku selalu lah berdoa..biarlah anak2 aku yang keluar nanti berkulit putih..hehe jahat betul lah! Tapi time pregnant-kan si waiz tu memang aku balun soya & tauhu jer. Nasib baiklah budak tu keluar putih macam aku. Tapi sekarang ni..aku tengok dah semakin ikut kulit papanya! Takpelah..dah besar nak jadi hitam pon aku tak kisah. Tapi time baby tu kena putih cam aku jugak!

Eh..tapi air kopi & nescafe memang aku tak minum dari dulu lagi. Air kopi tu sebab cam di atas lah..kalau minum boleh jadi hitam. Aku dari kecik lagi fobia dengan orang berkulit gelap. Kalau nampak orang india..berlari masuk rumah. Masa kecik dulu..nak main panas pon takut, sebab takut jadi hitam! Satu lagi..masa kecik2 dulu, arwah mak aku selalu cakap.."sape hitam..bukan anak mak". Sebab arwah mak aku tu putih macam cina. So mana2 anak dia yang hitam tu..kitaorang akan ejek dia anak orang lain. Sebab tak ikut putih macam mak. So sebab nak jadi anak emak..kenalah maintain putih..keh keh.

Air nescafe tu pulak..asalnya abah aku yang tak minum air tu sebab katanya dia jadi pening bila minum nescafe. So kat rumah kitaorang memang tak pernah ada stok nescafe. Jadi aku pon tak pernah minum air nescafe. Time belajar dulu..kawan2 selalu buat air nescafe kalau nak stay up sampai tengah malam. Katanya kalau minum nescafe..tak boleh tido. Tak taulah betul ke tak kan..aku pernah try sekali, tapi lepas tu terus tido kepeningan!

Sekian..tu sajelah penerangan aku yang panjang lebor. Selamat bekerja!


Sincerely...

Monday, January 9, 2012

Berpantang

Sekarang ni aku tengah berpantang. Berpantang makan yer...jangan pikir yang lain pulak. Antara makanan yang aku seboleh-bolehnya tak nak & tak boleh langsung makan/minum sekarang adalah:

* Milo
* Kicap
* Sarsi/Pepsi
* Kopi
* Air Tebu
* Nenas
* Air kelapa
* Buah Durian


Sincerely...

Thursday, January 5, 2012

Ultra Sound

Pagi tadi..6.40am aku dah pecut pergi Klinik Kesihatan Hiliran. Sebab kalau diikutkan kat kad merah aku ni, ada appointment dengan doktor untuk ultra sound. Letak kad..terus dapat giliran nombor 1. Dalam sejarah aku dapat giliran nombor satu..hehehe. Biasanya bukan main ramai orang..tak pernah dapat nombor 1 pon. Tapi sebab hari ni hari khamis..tak de untuk klinik ibu mengandung. Hanya untuk ibu2 yang ada appointment & special case je. So lengang lah sikit..

Sebab pregnancy aku ni baru 18weeks, so ultra sound ni cuma nak pastikan tarikh due date aku tu jer. So memang confirm lah..07hb Jun 2012 tu tarikh due date aku bersalin..insyaallah.

BP kali ni pon okey..mana taknya, asal nak cek kat klinik jer..semangkuk kerang aku telan! Kalau rendah jugak BP tu..tak tau lah. Masa scan tadi, doktor kata plasenta aku still kat bawah. Tapi tak pelah..lama2 nanti dia pusing lah ke atas. Harap2 pregnancy kali ni berjalan lancar. Tak de apa2 problem. Problem macam weight turun tu memang aku tak tau nak buat macam mana dah..rasanya dah puas makan, tapi still tak naik. Dalam masa 2 bulan ni..aku turun almost 4kg. Time tak pregnant..bukan main susah nak turun weight ni..hehe.

Okeylah..nanti kalau aku rajin, aku updated lah blog ni. Bukan apa..sekarang ni makin semput dibuatnya..banyak kerja yang tak selesai lagi.

Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal