Tuesday, April 10, 2012

Amalan

Ramai yang tak tau/tak pernah dengar pasal selusuh pangan yang aku cite hari tu. Aku pon 1st time makan. Kalau my SIL tak bagi..agaknya sampai bila2 pon tak tau. Ilmu baru untuk kita semua..orang2 tua ni penuh dengan petua dan amalan. Selagi tak bertentangan dengan ajaran Islam..kita turutkan jelah. Amik hati..

Aku ni dah lah duduk sorang2. Mak tak de..mak mertua pon tak de. So memang SIL yang amik berat pasal pregnancy aku ni. Bila dia suruh amalkan itu..amalkan ini, aku ikut jelah. Dia banyak pengalaman..anak pon berderet..hehehe.

Semalam aku, MKS, waiz, dan dua orang SIL [Kak Mah & Kak Nah] pergi ke Dungun. Nak melawat mak saudaranya..sakit. Dah dua kali masuk hospital Dungun tu, baru berkesempatan nak pergi ziarah. So semalam aku half day je lah. Sampai Dungun pukul 3pm, nasib baik mak saudara MKS tu dah keluar hospital. Jadi kami ke rumah anaknya je lah. Melawat di sana.

Melawat kat rumah ni selesalah sikit..bolehlah duduk lama sikit. Sembang2 dengan pak saudara & sepupu MKS. Dan sempat jugaklah mintak tolong ke Ayah de [Pak saudara MKS] buatkan air selusuh untuk aku & menantu Kak Mah.

Masa aku mengandungkan waiz dulu..Ayah de jugak yang tolong buatkan air selusuh ni. Tapi balance air tu..aku tak simpan. Tak ingat letak kat mana. Kak Mah sampai membebel kat aku..'tak nak mengandung dah ke, nape tak simpan air tu'. Hehehe..manalah aku tau air tu boleh simpan lama. Tambahan pulak masa tu tak tau bila ada rezeki nak timang anak lagi..kan. Tak pelah, baki air selusuh kali ni aku simpan lah..insyaallah.

Oh ya, selain tu nak share jugak amalan lain yang Kak Mah aku ajar. Selain makan ulam selusuh pangan tu...dia suruh amalkan doa nabi Yunus. Yang ni..Kak Yus pon ada komen kat n3 sebelum ni. Terima kasih yer kak..alhamdulillah, memang wida amalkan. Biasanya lepas setiap solat..aku baca 40x doa ni.

Dan kalau ada masa lapang..boleh jugak baca doa nabi Yunus ni.
Selain tu, Kak Mah ajar..masa mandi tu..amalkan minum air dari hujung rambut kita. Sape yang rambut panjang tu senang lah..macam aku ni, rambut pendek..Kak Mah suruh tadah dengan cawan..hihihi. Bukanlah minum sampai segelas..sikit jer. Buat syarat..seteguk pon jadi. Katanya nanti senang nak melahirkan. Tapi aku selalu tak ingat nak buat. Lagi satu..tak lalu nak minum air paip macam tu jer.

Lagi satu..minum air bunga kacip fatimah. Yang ni aku dapat dari Kak Ngah [my SIL yang duduk kat Semenyih]. Dia bagi masa aku pregnant-kan si waiz. Lepas minum air tu..boleh keringkan balik dan simpan bunga kacip fatimah tu. Ada lagi dalam simpanan aku. Orang kata..susah nak dapat bunga ni, ada kat Mekah jer. Tak pasti lah pulak kebenarannya. Orang dah bagi..aku guna jelah. Tapi nanti kena pulangkan semula kat tuannya kot..sebab Kak Ngah aku tu mengandung anak ke-5 lah pulak.

Ubat homeopathy pon aku ada amalkan. Dah 7 bulan ke atas ni..amik set 'easy delivery'. Nanti dah hujung2 pregnancy..bolehlah amik selusuh homeopathy pulak. Murah je ubat ni..tak sampai RM20 pon. Kalau amalan mahal2 ni..aku pon tak sanggup, hehehe.

Sebab macam aku bagitahu b4 ni lah..sakit nak bersalin ni memang dah tentu ada. Kita usaha macam mana pon..memang dah tentu sakit jugak. Cuma bahagian masing2lah..samada teruk atau tak sakitnya tu. Itu semua ujian dan rahmat dari Allah. Tapi nanti bila dah dapat tatap anak yang kita lahirkan..terus hilang semua kesakitan kan. Percaya tak? Rasanya..hanya ibu2 yang ada pengalaman melahirkan tu je yang paham.

Sincerely...

11 comments:

cheqna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

semoga allah mempermudahkan segalanya ye =)

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

percaya sgt dgn kata2 u....
bila kita tatap wajah baby masa baru lahir...
hilang rasa sakit...
akak 4 org anak...
4 'rasa' yg berbeza....
syukur sgt dpt lalui pengalaman tu semua....

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

terima kasih atas perkongsian ni tapi hanis tak boleh nak amalkan huhu apapun semoga semua berjalan lancar, takut sebab ni pengalaman pertama...

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

doa nabi yunus tu dlm labour room pun tak berhenti baca..
wida nak bersalin kak yaya pulak yg berdebar..

saffiya_aleesya @ echa said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

salam kenal, singgah sini dan follow blog awak.. ;-)

kurus said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

semoga di permudahkan dik ..
apa2 punn bertawakal kepadaallah itu penting dan semoga selamat ke kelahiran nanti ;)

ieja amieja said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

salam wida...
akk x pernah minum air selusuh..tp petua minum air dr hjg rambut tuh akk tau cuma x buat ler..cuma amalkan doa nabi yunus tu je..Alhamdulillah ketiga2 ank2 akk bersalin senang...

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

dengar citer wida pasal nak bersalin ni, tengok darleen dgn faiha, dah mula terkulat-kulat teringin juge... tapi.. hmm... entahlah... lagi satu org tua kata minta suami baca surah at-toriq masa dah sakit, supaya baby senang je keluar... (kalau tak silap nama surahnya...)

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

bagus entry nih...utk mereka yg tgh2 mengandung tuh...:)

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Semoga Wida selamat melahirkan...

sofya myra said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

slm..wida ambil ubt homeopati 4 easy delivery tu dari mana?akk skrg pgnant 32w..doakan slmat ya?anak ke 9!huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal