Tuesday, April 24, 2012

Selusuh Minyak Tanak & Telur Ayam Kampung

Hari Sabtu baru ni amik kat rumah bidan..hantar kat bidan lepas berlakunya kejadian ini [hari Khamis]. Biasanya bidan tu buat selusuh ni pada Khamis malam Jumaat sahaja. Masa tu jugak terus booking bidan tu untuk urut masa berpantang nanti..insyaAllah.

Malam tadi baru teringat nak makan. Minyak tanak tu..bidan pesan celup dengan sudu, lepas tu kita isaplah sudu tu. Jangan lupa selawat. Dah rasa sakit nak bersalin nanti..barulah makan sesudu minyak dan sapu kat perut/belakang badan.

Telur tu pulak..telur ayam kampung tau! Gigih MKS cari telur tu..hehe. Aku bagi 10 biji kat bidan..tapi dia buat 9 je, kena nombor ganjil katanya. Tak kisahlah..yang lebih sebiji tu, biar MKS makan. Ikutkan..kena makan mentah2 telur tu. Errkk..tak lalu lah aku. So bidan suruh buat telur separuh masak. Tu pon aku makan sambil tutup hidung. Baru makan sebiji..camnelah nak abiskan balance 8 biji tu yer ngeee.
Ada tak ibu2 yang preggy makan selusuh cam aku buat ni? Ke aku sorang jer yang beriya-iya makan selusuh pangan lah, buat amalan ni lah..hehe.

Tak pelah, aku pon just nak share jer..asalkan benda ni tak bertentangan dengan ajaran Islam.

Aku ni namanya muda & moden..tapi bab2 cam ni veryyy the tradisional okey. Duduk dengan orang tua, banyak petua & amalan ni..macam ni lah. Ni belum time aku berpantang lagi..huhu.




Sincerely...

7 comments:

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

asalkan tak bertentangan dgn ajaran Islam kan....
bagus rasanya amalkan selusuh2 nie...
tapi i tak buat byk2 sis...
i cuma buat air selusuh jer....
smoga dipermudahkan nanti...

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

aku pun mcm kak rasp tu...yg aku tau, air selusuh biasa tu ngan air akar fatimah je...yg lain2 mmg aku tak tau...huhu...

kurus said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

haa akk pernah amik dah widaaaaaaa ;)
sedapppp ... ;))

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hik...hik...hik... PR dulu tak pernah buat cuma minyak tu pernah buat...

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

akak dulu masa zulfan kebetulan duduk kat kampung, memang minum minyak selusuh ni sebab dah due pun tak beranak lagi... tiap2 malam sapu kat perut...

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

byk benda yg tatau jd tahu tapi hebat la wida ni...

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

teringat time mama mifz berpantang dengan org tua nyer dulu..sgt2 tegas...hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal