Saturday, July 7, 2012

06.06.12

Dah hampir 31 hari aku berpantang. Punyalah bizi..x dan nak bersosial..hehe. Jadual berpantang cara org terengganu ni punyalah ketat. 2 minggu pertama berpantang memang aku stress..mana nak bertungku, jaga baby lagi, berbarut, sakit luka kena jahit, sakit nak berak lagi..hishh macam2lah.

Tapi sekarang ni, allhamdulillah dah stabil sikit. Bolehlah terima life berpantang ni. Eh ada yang tak tau lagi ke aku dah bersalin tau. Mentang2lah aku jarang updated blog..terus korang lupa yer. Komen pon nan hado..huhu.

Okey..aku dah bersalin 06.06.12 (rabu) pada 11.55pm hari tu. Anak perempuan..3.03kg. Hari kejadian tu..aku still pegi keje tau. Pagi tu siap bawak kete lagi! Hantar mks ke wisma negeri..dia ada undi projek kontraktor kelas F..tapi x de rezeki.

Pastu time lunch, siap ikut kak zie ke bandar lagi..beli makanan kat kedai makan mok ngoh kat depan PTPL. Tapi aku tak selera makan nasi..beli lah mee kari, karipap, asam gumpal dengan air kelapa. Aku sebenarnya dah start sakit masa tengahari tu..tapi sakit sikit2 je. Tapi time nak solat zuhur..aku perasan dah kuar tanda (darah), tapi steady je. Malas kecoh2..kalau ofismate aku tau..mau diaorang hantar aku ke hospital! So senyap je.

Time balik..amik yong aku yg sampai dari KL kat batu buruk. Balik rumah..makin kerap pulak sakit. My SIL suruh gi hospital، tapi aku tak nak. Malas nak berkampung kat hospital lama2 kununnya. Sebab teringat masa time waiz dulu..lepas turun darah, 20 jam kemudian baru aku bersalinkan dia! Hissh..tu yang aku tahan2 jugak..

Bersambung...

P/s: nak sambung tungku jap.)

5 comments:

Ibu Muda 30series said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

alaa...baru nk smpai kemuncak, bersambung plak...hihiii

neway, congratss! comey tarikh lahir bby girl tu wida ^_^

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Berenti iklan jap! hihi... Dah sihat ke Wida?

Anonymous said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

isshhh wida nie,org tgk syok2 baca,ptg stim betul la,ingt k drama je ade yg b'siri,citer kat blog pun bley gak men smbung2

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hu hu

dwatyKNY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

selamat berpantang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal