Monday, September 29, 2014

Pisang Goreng Cheese

Aissh...mana lah tak makin berlemak time tak keje hari tu. Asyik lah makan..makan makan jeeee kerjanya! Duduk Chendering (kat kedai MKS) hari tu..macam2 ada. Dekat dengan kedai runcit..coconut shake..apam balik..pasar malam. Semua saya suka..huhu. Hah..satu lagi dekat jugak dengan Kak Anum.

Kak Anum ni bukak cam bakery lah kat rumah dia tu..durian crepe, cheese leleh, hokaido..dan yang terbaru ni pisang goreng cheese!

Ai is memang tak tahan dengan cheese2 ni. Agaknya kalau tabur cheese atas batu/kayu pon saya ngap!
Memang mengancam kan? Resepinya senang je..goreng pisang yang biasa tu di tambah dengan susu pekat, tabur parutan cheese, tabur coklat rice sebagai hiasan. Sedappppp...

Dah tau resepi pon..tetap ulang alik order dengan Kak Anum..hah, camne tu?

Ni dah kerja..agak susahlah nak beli dengan Kak Anum tu. MKS memang malas nak melayan kehendak bini dia ni..fuh selamat tak berkembanglah lemak2 saya ni..kan?

Korang dah try? Ayukkk..dicoba!

Thursday, September 25, 2014

Pengantin Baru

Selamat pengantin baru..Fahim dan...err..errr..husna ke? Diana? Ke sape namanya? Alahai...failed betul! Nak sangat bercerita, tapi boleh pulak tak ingat fakta penting ni ye. Kalau jadi reporter bertauliah ni..memang dah lama kena fired kan? Hahaha.. 

Hari Jumaat lepas berlangsunglah majlis akad nikahnya. Majlis besar kedua-dua rumah akan di buat pada akhir tahun ni..InsyaAllah. Mesti pening SIL saya tu nak jamu orang nanti. Pengantin lelaki tu anak buah MKS. Baru balik dari Mesir..sekarang jadi ustaz. Pasangannya pulak cikgu/ustazah..sekarang mengajar di Sabah ke Sarawak ntah..hehe. PJJ jugak korang ye..

Yang uniknya masa pernikahan diaorang ni..pengantin lelaki di aqadkan oleh bapa pengantin lelaki sendiri! Hah..cam ne tu, jangan pening-pening kome memikir pulak ye. Sebenarnya..bapa pengantin lelaki (ustaz Ahmad - biras saya lah) tu kadi/jurunikah. So bapa pengantin perempuan nak Ustaz Ahmad ni jugak nikahkan anak dia. 

Masa nak nikah tu..ada lah adegan2 lawak yang berlaku..yelah bapak sendiri nikahkan pengantin lelaki! Tahan malu jelah pengantin lelaki kan. Nasib baik tak tersasul masa nak terima aqad tu kan?
Ni lah family SIL saya..Kak Mah.Selamat pengantin Baru ye korang..semoga bertambahlah cucu-cucu my SIL ni. Kak Mah ni saya dah anggap macam mak saya kat sini..dia lah yang banyak amik berat kat saya. Sakit pening saya..anak-anak saya..huhu
Tak sempat nak bergambar dengan pengantin..gambar-gambar ni pon saya cilok kat group wasap family MKS. Sebab time ni..Una still demam lagi. So lepas makan, cepat-cepat undur diri dan masuk dalam kereta. 

Kita tunggu majlis bulan Disember nanti lah pulak ye...

Wednesday, September 24, 2014

Karikatur

Hasil keras tangan Pak Yongnya..banyak gambar-gambar cam ni di masukkan dalam group whatsup family kitaorang. Hasil dari hp baru kah? Atau memang tak ada kerja kah?

Layankan jelah..sebab memang comel-comel semuanya!
Ecah dan mek una..comeii
Waiz dan rambut terpacaknya. Semangat pegi potong rambut sebab nak pergi sekolah setelah cuti selama seminggu..sekaliiii...demam pulak. Sambung cuti 3 hari lagi...keh keh
Alolo....nampak benau gambar ni tipu. Tak adanya budak ni rajin nak membawa buku cam tu..huhu
Aqil dan ecah barangkali..besar sangat kasut tu
Mak usu versi sinderella..dan versi kuruih sikit..hehe
Una dan baba black sheep kah?
Amboi..amboi amboi..ceksinya fasha sendat dan mak usunya
Lastly..fasha sendat dan maknya.

Nampak cam di lukis pelukis terkenal je kan...cam real..
Jangan tanya application ape ye..sebab ai pon tak tau..

Monday, September 22, 2014

Festival Peranakan

Rasanya seminggu Festival Peranakan ni..berlangsung di Kampung Cina Kuala Terengganu. Tapi malam last tu baru kitaorang bekesempatan pergi. Tak ada lah besar mana..sebab orang2 peranakan ni minoriti je kat KT, tak ramai macam kat Melaka. Tapi serius comei bila tengok amoi berkebaya dan yang lelakinya memakai sarung..hehe.
Yang ni kitaorang lalu kat area Kg Cina hari Jumaat hari tu..waktu siang, memang tak ada apa2 aktiviti. So bergambar kejap dengan waiz. Kesian budak tu beriya-iya nak amik gambar kat kapal. Papa yang amik gambar ni dari dalam kereta. Una tak boleh keluar lagi..demam. So mama lah kena temankan

Bergambar kat dalam kapal pulak..layankan saje. Terselit pulak group anak2 orang lain kat situ..hehe
Yang ni malam last Festival Peranakan tu..hari Sabtu. Tak ada lah besar sangat..tapi ada lah game ala-ala funfair untuk budak2 kat situ.

Waiz test game pancing itik..bayar RM1 sahaja. Bila dapat itik..tengoklah kat bawah itik tu dapat hadiah apa..waiz dapat jajan.
Bergambar dengan cosplay ape tah..macam2 fesyen lah. Waiz je bergambar..semek una agak ketakutan dengan rupa bentuk orang2 kat sini. Dengan patung maskot tu pon dia takut..haha
Bersama beca antik..

Ala..kejap je. Setengah jam je..pastu masuk kete. Sebab una dah start meragam...menangis berebut jajan yang waiz dapat time pancing itik tu..grrr.

Sunday, September 21, 2014

Demam

Mek una ni lah yang demamnya.. 
Dari hari rabu (17hb) tu badannya dah panas, tapi saya hantar gak ke taska. Sekali nursery wasap bagitahu una muntah. So papanya lah kena amik. Mama tak dapat amik cuti. Yelah..tak sampai sebulan keja..ai is tak berani nak mintak half day or cuti..huhu. Ni lah nasib seorang ibu bekerjaya..emm.

Khamis papanya jugak jaga una & waiz kat rumah. Nak komplen lebih2 pon tak berani..sebab papanya dah sanggup nak jaga tu pon dah cukup baik. Tapi papanya langsung tak bagi makan ubat ke semek tu..so demamnya memang tak kebah2 lah. Geram pulak rasanya.. Makanan pagi n lunch memang saya masak siap2 before pegi kerja..tapi una still tak nak makan.

Malam saya lah take over jaga budak kecik ni. Alhamdulillah tak muntah. Suhu badan pon around 37-38c je. Dia nangis kesejukkan pon..mama tak peduli. Kena lap2 jugak badannya..nasiblah dapat mama jiwa kental ni..hehe.

Jumaat & sabtu pon una still demam, tapi saya dah start bagi dia susu sebab dia stop muntah. Perut yang selama ni buncit pon dah kempis tau. Ala dah kuruih anak mama..mesti berat turun 1-2 kg. Makan pon tak selera lagi. Tapi dia jamah jugak biskut n gula2..jadilah.

.
Hari ni pon una stay kat rumah dengan papanya. Dengan abg waiz pon tak pergi sekolah...haha. Seronok sangat mamat tu sambung cuti. Lama pulak demamnya kali ni. Kalau duduk nursery memang asyik sakit je..heran betul. Time mama jaga hari tu..kalau demam sehari dua je, takde pon muntah2. 

Kadang2 rasa stress pulak..ni yang rasa nak jadi WAHM semula..agagaga..haha

Thursday, September 11, 2014

Mek Una Solat

Perasan tak... 

Si mek una tu lah..orang suruh solat, dia dengar kata..solat..tapiii..tab tu tak lepas ye. Time sujud..ruku'..tetap pegang tab. Sayang betul nak lepas cite oggy dia tu. Ishh..tak jemu-jemu tengok upin ipin, oggy semua tu. Sampai dah boleh hafal ye..

Tengoklah vontot gediknya tu..ish geram betul! Rambut pon dah panjang..tapi langsung tak boleh dipegang. Marah sangat kalau orang usik rambutnya. Ada anak perempuan pon tak boleh nak di dandan cantik-cantik. Beli cekak rambut, pengikat rambut..hairband..topi...klip, semua tak nak dipakainya. Apatah lagi tudung!

Nak dipotong cam rambut ecah (sepupu una)..papanya tak bagi pulak..ishh. Ni dah duduk nursery..jangan kena jangkit kutu sudah!
Unaaaaaa! Solat lah betul-betul! Bila di marah..merajuk masuk bilik. Kuat merajuk cam papanya jugak...haha.


Wednesday, September 10, 2014

Udang masak lemak sempoi

Telan ailio pulak tengok gambar kat bawah ni...gluupp

Saya kalau dapat stok udang galah, memang tak reti nak masak lain. Masak lemak cilipadi atau goreng sambal je lah. Dua menu tu paling saya suka dan kena dengan tekak saya sekeluarga.

Biasa saya beli sekilo udang galah..RM30. Kalau kira-kira time cuci udang tu dapatlah 30 ekor. So lepas siap basuh..saya asing siap2 dalam 3 bekas. Boleh masak 3 kali dengan purata 10 ekor udang untuk satu hidangan. Alamak...dapat bini akauntan macam ni lah. Memang berkira-kira sedikit..tapi bukanlah kedekut. Cuma tak nak ada pembaziran..kalau tak habis..di buang kan sayang tu. Betul tak?

Satu lagi..disebabkan kos bahan2 dan keperluan rumah pon naik, kena lah pandai atur kewangan. Takut kang...separuh bulan duit belanja dah tak ada, makanlah telur dan ikan bilis..hehe

Ada yang nak resepi ke? Jom saya kongsikan..sempoi dan paling senang. Memang saya tak letak halia, serai, asam keping semua..sebab MKS tak leh makan.

Bahan-bahannya:
- 2 ulas bawang merah *
- 1 ulas bawang putih *
- 4 cili padi * (nak pedas tambah lagi)
- 3/4 kotak santan (saya guna kotak kecil jenama S&P)
- sedikit serbuk kunyit (nak sedap guna kunyit hidup - tp saya tak ada stok)
- garam secukup rasa
- sedikit gula
- Air masak

(kalau suka boleh tambah sayur kacang panjang dan lobak merah macam saya)

Cara-caranya:
1. Tumbuk/kisar semua bahan bertanda *
2. Tuang santan dalam periuk beserta bahan yang telah dikisar. Tambah serbuk kunyit.
3. Masak atas dapur
4. Masukkan udang galah. Kalau pekat tambah air.
5. Kalau ada sayur..masukkan.
6. Tambah garam dan gula secukup rasa
7. Kacau sentiasa..

Kalau masak lemak..saya suka ayam goreng atau ikan goreng sebagai regunya. Tak payah menu lain..makan dengan nasi panas-panas..aishh boleh bertambah 2-3 pinggan! Mak mertua lalu tak sedar tau. Nasib baik saya tak ada MIL dah..hehe.

Okey..selamat mencuba!


Tuesday, September 9, 2014

Western vs Kampung

Bertemu lagi dalam segmen masak-masak. Memang nampak sangat blog mak-mak kan? Tapi hari ni tak adalah nak share resepi..sebab senang sesangat.

Cuma nak ceritalah, kalau kat rumah..tekaknya masing2 berbeza. MKS memang tak reti sangat makan western ni. Asyiklah mintak nasi. Asal nampak muka isteri je..sebut lapar. Aishh...confius jap. Adakah dia ingat isteri dia ni rice cooker?

Saya pulak..memang suka makan ala-ala western ni walaupun muka 100% jawa. So kalau saya masak western..nak tak nak kena jugak masak makanan melayu/kampung waima goreng kuih-kuih. Nasib baik dalam esbok memang standby kuih2 frozen macam karipap, keropok lekor & samosa...goreng jelah untuk MKS makan.

Tapi sekarang..saya paksa jugak dia rasa dan suka western foods ni. Tekak tu tak payahlah nak kampung sangat kan...asyik2 cicah budu je. Kenalah rasa semua makanan time sihat ni..takut nanti, dah sakit..kena pantang itu ini..telan airliur jelah.
Macam hari tu saya masak pizza roti dan pasta..tapi buat jugaklah nasi goreng kampung untuk MKS. Sebab dah terbiasa kot..walaupon masa tu dia yang paling banyak makan roti pizza tu! Hah..sedaplah tu...selama ni takut sangat nak mencuba makanan lain. Baaaanyakk lagi makanan yang sedap lagi nasi cicah budu kan?

Tapi yang pasta tu dia tak leh telan lagi. Terpaksalah saya telan sorang-sorang..nangis! Hari tu saya makan kat rumah orang, sedap pulak. Nape ai buat tak berapa sedap? Emm..tak pe cuba lagi.

Saya nak share roti pizza dengan korang..sebab sedap dan ringkas. Resepi cam biasa amik kat group RR di FB..tapi saya buat ikut selera saya.

Bahan A (Topping Pizza)
-  3 keping daging/ayam kisar Ramly
- 1/2 biji bawang holland
- sedikit garam
- sedikit oregano
- 2 Sudu besar Sos cili/sos spaghetti
- minyak zaitun untuk menumis

Bahan B (Roti Pizza)
- 5 keping roti Gardenia (sebab tray oven saya muat 4 keping roti dan 1 keping lagi di kerat dua - kalau nak buat banyak boleh letak atas bawah tapi nanti time masak pandai2 lah adjust suhu oven)
- planta

Bahan C
- Sos cili
- mayonis
- cheese mozarella
- cheese topping pizza
- 2 batang sosej (hiris nipis)

Cara-caranya:
1. Panaskan oven dahulu.
2. Tumis dan masak semua bahan A atas dapur.
3. Sapukan roti dengan planta.
4. Letakkan bahan A ke atas roti. Kemudian letak pulak bahan C
5. Bakar dalam oven selama 20-25 minit suhu 160c sehingga masak.

* Tips: Cheese kena letak banyak2..barulah sodap!

Selamat mencuba!












Monday, September 8, 2014

Puding Roti Sos Kastard

Sejak-sejak join group 'Resepi Ringkas (RR)' kat facebook tu..hp saya penuh dengan print screen resepi. Macam2 resepi lah...semangat betul. Tapi tak buat-buat pon...haha. So sebelum kena perli dengan MKS - sebab dia selalu marah & tak suka saya mengadap FB je, buang masa katanya. Tapi saya cakap, saya mengadap FB sebab nak tengok resepi nak jamu dia makan..hehe.

Maka terhasillah karya seni saya ni hasil menuntut ilmu di alam maya RR..gituu. Alah kita test yang senang-senang dulu. Nanti dah pandai, baru cuba menu lain pulak.

Kat sini saya nak share resepi puding roti sos kastard versi yang saya buat. Iaitu versi jimat dan chef amatur...sukatan dan bahan-bahannya saya refer kat RR jugak. Cuma saya olah sikit-sikit lah.

Bahan A
- 6 keping roti Gardenia
- Susu Dutch Lady (Full cream)
- Sedikit planta

Bahan B
- 4 sudu besar gula kastor/halus
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 tutup esen vanila
- 1 biji telur Gred A
- 2 sudu besar buttercup yang telah dicairkan
- Kismis sesuka hati

Bahan C (Sos Kastard)
- 1/2 tin susu cair
- 1 1/2 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu besar gula kasar

Cara-caranya:
1. Sapukan roti dengan planta dan carik/potong2kan roti dan rendam dengan susu sehingga roti kembang
2. Campurkan semua bahan B dan pukul sebati
3. Tuang bahan B ke dalam bahan A
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180c selama 30 minit. (Saya bakar guna cara steam iaitu letak air panas dalam dulang pembakar untuk mengelakkan dari hangus)

Cara penyediaan sos kastard:
1. Campur semua bahan C dan panaskan atas api yang perlahan
2. Kena sentiasa kacau untuk mengelakkan dari berketul
3. Tutup api apabila sos memekat.

Tadaaaaa...dah siap.
Sedap sangat...makan panas-panas, abis separuh ok. Lagi separuh saya saya simpan dalam freezer..nak makan time sejuk pulak.

Okey selamat mencuba!


Friday, September 5, 2014

No More WAHM

7 bulan duduk rumah..nak kata tanam anggur, tak ada hasilnya pon. Lebih kepada ternak lemak agaknya. 
Finally..sambung kerja lah kita sebab dapat offer yang okey jugaklah. Kita tengok lama mana boleh tahan okey..

Kadang-kadang tu penat jugak. Orang lain dah stabil kerjayanya..kita baru nak menapak. Dah bertapak..jatuh balik. Kena start semula..emm, tak pelah. Mungkin ada hikmahnya.

Sekarang saya kerja kat syarikat kontraktor di area Bukit Kecil. Tokei chinese. Ramai pekerja chinese..and few malays. Okeylah..baru seminggu kerja, tak boleh nak agak lagi macamana.

Saya tak pernah lagi buat akaun untuk kontraktor..projek semua ni. Benda baru..so banyak kena belajar. Hope otak dan memori ni boleh berfungsi dengan baik. Seram jugak ni..doakan saya okey.

Kerja dari pukul 8 pagi sampai 5.30 petang, duduk kat meja sorang-sorang..independent & anti-sosial! Nak sangat kerja akaun kan..haha, amik ko!
Bila mak dah kerja ni..anak pon kenalah campak ke nursery semula. Alhamdulillah..una okey je. Pagi papa dia hantar..balik saya pick-up dengan motor. Suka sangat dia naik motor hokey..

Waiz? Budak tu lagilah suka duduk transit. Ramai kawan-kawan. 
Sebenarnya lepas abis sekolah 12.30 tghari tu boleh je MKS amik dan jaga dia. Tapi papanya malas nak pikir dan pening kepala..so hantar je transit. Lantaklah..duit dia membayornya..hehe.

Pukul 5.30 ptg baru MKS amik waiz..pastu balik rumah.
Waiz dan beskal baru..bersungguh-sungguh kumpul duit raya, nak beli basikal ni. Tapi...mama belanjalah kali ni...hukhuk.
Tuan blog...selfie sekali!

Thursday, September 4, 2014

RAYER 2014

Ampunnn...tersalah tadi. Tak bestlah tepek gambar je kan. Nak jugak meroyan sepatah dua kata. Buat kenangan..tak ada orang nak baca, kita baca sendiri..hehe.

 Orang nak raya haji dah..baru terhegeh-hegeh nak bukak cite raya pose..boooo sekali!

Ehh..lantaklah!

Completed one happy family (terima kasih pada pencipta monopod)
Baju raya gegirls tahun ni di sponsor oleh family Ngah. Thank youuu..

Memang ramailah yang pakai kaler hijau ke biru turqoise ni. Memang trend tahun ni kot. Makin kembang kempis lah tukang sponsornya! Sampai raya 6 pon dok canang kain dia pilih cantik dan up to dated..hihi.

Tahun depan my turn pulak kena sponsor kain..warna ape yang 'in' yer? Cadangan? Fuhh..
Alolo..comeinya mek una mama ni.
Thank you Mak Yong jahitkan lace Una ni. Hadiahkan gelang & rantai mutiara Sarawak lagi! Memang cun abis.Di tambah dengan cekak rambut yang berjaya dipakai hanya untuk hari raya pertama, pastu tak tau tercicir kat rumah sape..pheww. Kasut pon dah pakai siap-siap..kelass ko mek una.

Dan alhamdulillah..anak2 mama semuanya behave tahun ni. Tak ada adegan sentap menyentap dan menangis. Tahun turn Fasha & Yaya yang buat perangai..hehe.
Bersama abah dan makcik a.k.a mak tiri saya. Oh my abah semakin kurus dan keding. Anak2nya je makin membesar dengan jayanya..huhu.
Sibling...
Ni lah kitaorang empat beradik, yong..ngah..saya dan lily.
Waiz dengan rambut terpacaknya..dan mek una dengan baju papadomnya. Haha..mak Yong yang sebut baju papadom, bantai gelaklah kitaorang satu rumah. Macam manalah baju perplum leh sebut papadom.

Nak cite banyak-banyak pon..saya tak ingat. Memory loss..dah tua kan..

So ni jelah cite raye saya yang mungkin boring pada korang, tapi happening dan best pada saya.
Dan saya berdoa tahun depan dapat beraya di kampung saya lagi..huahauha..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal