Monday, September 8, 2014

Puding Roti Sos Kastard

Sejak-sejak join group 'Resepi Ringkas (RR)' kat facebook tu..hp saya penuh dengan print screen resepi. Macam2 resepi lah...semangat betul. Tapi tak buat-buat pon...haha. So sebelum kena perli dengan MKS - sebab dia selalu marah & tak suka saya mengadap FB je, buang masa katanya. Tapi saya cakap, saya mengadap FB sebab nak tengok resepi nak jamu dia makan..hehe.

Maka terhasillah karya seni saya ni hasil menuntut ilmu di alam maya RR..gituu. Alah kita test yang senang-senang dulu. Nanti dah pandai, baru cuba menu lain pulak.

Kat sini saya nak share resepi puding roti sos kastard versi yang saya buat. Iaitu versi jimat dan chef amatur...sukatan dan bahan-bahannya saya refer kat RR jugak. Cuma saya olah sikit-sikit lah.

Bahan A
- 6 keping roti Gardenia
- Susu Dutch Lady (Full cream)
- Sedikit planta

Bahan B
- 4 sudu besar gula kastor/halus
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1 tutup esen vanila
- 1 biji telur Gred A
- 2 sudu besar buttercup yang telah dicairkan
- Kismis sesuka hati

Bahan C (Sos Kastard)
- 1/2 tin susu cair
- 1 1/2 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu besar gula kasar

Cara-caranya:
1. Sapukan roti dengan planta dan carik/potong2kan roti dan rendam dengan susu sehingga roti kembang
2. Campurkan semua bahan B dan pukul sebati
3. Tuang bahan B ke dalam bahan A
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 180c selama 30 minit. (Saya bakar guna cara steam iaitu letak air panas dalam dulang pembakar untuk mengelakkan dari hangus)

Cara penyediaan sos kastard:
1. Campur semua bahan C dan panaskan atas api yang perlahan
2. Kena sentiasa kacau untuk mengelakkan dari berketul
3. Tutup api apabila sos memekat.

Tadaaaaa...dah siap.
Sedap sangat...makan panas-panas, abis separuh ok. Lagi separuh saya saya simpan dalam freezer..nak makan time sejuk pulak.

Okey selamat mencuba!


0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal